15 november 2009 - ahad

  • pagi lagi sudah bangun dan siapkan sarapan. ari nih sarapan ngan roti shj. tepat kul 9.00pg saya dan anak-anak dah on the way ke kampung utk menziarahi pusara emak dan ayah. tepat 10.00pagi kitaorang sampai, alhamdulillah cuaca panas. sampai shj di pusara emak, saya dan anak-anak membersihkan kawasan pusara, saya pula menggunting rumput2 yg tumbuh subur, bagi trim sikit kasi kemas. daun-daun kering saya kumpulkan setempat. selesai semua saya duduk sebelah pusara emak dan anak2. al-fatihah dan ayat al-ikhlas saya sedekahkan untuk emak. saya diam sejenak sambil berbicara dalam hati seolah-olah berbicara dgn emak. bercerita apa yang terjadi setiap minggu, kebimbangan saya, kecelaruan fikiran saya dan segalanya. bicara hati ini tiada siapa yang tahu cuma ALLAH S.W.T sahaja yang tahu. betapa teruknya diri saya ini selepas emak meninggalkan saya, betapa maha hebatnya dugaan pada diri saya...seakan2 saya berbuat satu kesalahan yang amat besar. luahan bisu inilah yang membuatkan saya setiap minggu menziarahi pusara emak dan ayah. luahan bisu ini juga menenangkan hati dan perasaan saya. sinilah tempat saya mengadu walaupun emak tidak nampak tapi saya tahu emak melihat dan mendengar isi hati saya. selesai semua, kami beredar ke pusara ayah pula. pusara ayah bersih. kami membersihkan rumput2 yg semakin meninggi di kawasan pusara ayah. sama juga macam emak bicara bisu untuk ayah dari seorang anak. hanya saya shj yang tahu apa yg saya inginkan. bicara bisu mengajar aku utk berdiam diri dari melawan. seakan satu kuasa yang menyuruh saya tidak melawan, menyuruh diri tenang setenang-tenangnya.
  • Hanya ALLAH S.W.T yang tahu keadaan diri saya dan juga hati saya. selesai smua di pusara ayah saya saya kembali semula ke pusara emak, dlm 15 min kami semua meninggalkan pusara emak dan terus menuju ke Tmn Senanding utk menjengok sebentar upacara cukur jambul cucu mak saudara saya. kami pergi dlm pukul 11 dan kelihatan mereka baru hendak memulakan upacara saya bersegera ke dapur jumpa mak saudara saya dan bersalaman sambil memberi sedikit sumbangan dan saya ingin mengundurkan diri kerana dikawasan rumah juga ada kenduri kawin. tapi dihalang oleh mak saudara saya dan menyuruh kami smua minum pagi dahulu. adusss camner nak lepaskan diri ni, at last saya pujuk-pujuk dpt juga saya melepaskan diri dan bersegera pulang kerumah utk menghadiri kenduri kawin anak kawan opis saya. hampir 12 tgh saya sampai dan bergegas menukar pakaian.
  • tepat 1 ptg kami semua ke hospital ampang dahulu utk menziarah adik pompuan hubby yg baru bersalin.
  • 1.45 ptg kami terus ke Cheras utk menghadiri kenduri kahwin anak ofis mate saya. alhamdulillah kami semua sampai tepat pada masa dan tak lama kemudian pengantin pun tiba dan berarak ke dlm dewan.

No comments:

Post a Comment