19/01/2010-Selasa

salam.
hari ini berkerja macam biasa dan sampai ke pejabat lambat hampir pukul 9 pagi disebabkan berlakunya satu kemalangan yang mengakibatkan kematian. sebenarnya saya lalu dan nakpak kejadian itu tapi saya tidak sangkan pula mengakibatkan kematian. apa-apa pun selamat sampai di pejabat. kerja macam biasa dab pada belah petang menghadiri satu kursus. tepat 5.30 saya pulang kerumah dan dalam perjalan hujan renyai dan cuaca agak gelap. pemanduan lebih berhati-hati kerana pada belah petang di lebuhraya ini banyak juga lori-lori yang besar dan laju pula. selamat sampai dirumah tepat jam 6.10petang dan bergegas tukar pakaian dan bersedia untuk mengambil anak-anak disekolah. badan pun dah rasa semacam tapi tahan sahaja ler. perut pun semacam jer rasa nak muntah pun ada. ika dan lia kluar hampir pukul 7.00 petang dari sekolah. balik kerumah terus sediakan makan malam dan sambil mengajar alisa membaca dan kerja sekolah. selesai semua kluar semula untuk membeli keperluan anak-anak. selesai semua balik kerumah dan mula masak untuk lauk hari esok. goreng ayam dan esok pagi saya akan buat fried chicken with butter sauce. itu sahaja lauk untuk esok. saya akan masak 1 lauk sahaja keran bila masak 2 atau 3 jenis ianya akan menbazir shj. lepas siap semula saya menukar pakaian bersih dan telan panadol dan tidur. badan kurang sihat mungkin sejuk sangat. dan pukul 3 pagi saya terjaga dan menggigil, saya matikan semua kipas dan berselimut tebal. memang betul badan saya panas tapi saya rasa sejuk

No comments:

Post a Comment