Motivasi dr Dr. Fazley

  • Diantara ribuan peluang dan kesempatan, di sana ada kejayaan, namun dikelilingi dengan kegagalan. ambil kesempatan dan peluang tersebut. biarkan anda gagal didalam proses menemukan kejayaan.
  • Mari kita sama-sama belajar kepada pengalaman. Bukan sahaja pengalaman diri kita tetapi kita juga boleh belajar dari pengalaman orang lain. Pengalaman adalah guru yang bijak.
  • Tersinggung dengan ejekan atau kirtikan adalah lebih baik jika kita mengambil manfaatnya. Kadang-kadang ejekan dari mush lebih jujur dari pujian dari seorang kawan.
  • Para pemenang mengmbil tanggungjawab terhadap hidupnya . Mereka tidak pernah menyalahkan orang lain dan mereka tidak suka mencari-cari alasan terhadap kegagalan mereka.
  • Orang yang biasa berdalih tidak akan mengambil pelajaran dari kesalahan dan kegagalan, kerana dia sudah siap untuk berdalih lagi.
  • Sesungguhnya waktu adalah hidup dan hidup sendiri adalah menjalani waktu. sejauh mana anda menghargai waktu, bererti sejauh itulah anda menghargai hidup anda.
  • Aplikasi atau tindakanlah yang membuat seseorang itu berjaya, tentu sahaja setelah mimpi yang tinggi dan ilmu yang mencukupi.
  • Jika wawasan anda akan semakin luas, anda akan menemukan jalan-jalan baru untuk meraih kejayaan.
  • Tidak ada keberhasilan tanpa tindakan. tidak akan ada tindakan tanpa keberanian. jadi tidak akan berhasil tanpa keberanian. Kejayaa adalah sejalan dengan keberanian.

No comments:

Post a Comment