- cara untuk menghilangkan tekanan adalah mengubah fikiran lalu memfokus kepada kedamaian.
- jika kita menghadapi kesukaran dan cabaran semasa mahu mencapai impian, fokuskan minda kepada keseronokan yang bakal anda kecapi.
- tinggalkanlah kesenangan yang menghalang pencapaian kecemerlangan hidup yg diidamkan. berhati-hatilah kerana beberapa kesenangan adalah cara mudah untuk menuju kegagalan.
- belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya tetapi berfikir tanpa belajar amat merbahaya.
- kemenangan diperolehi kerana kekuatan, kekuatan diperolehi kerana persatuan dan persatu diperolehi kerana kesepakatan.
- kematangan bukanlah suatu keadaan yang dicapai secara tiba-tiba, ia merupakan suatu perkembangan yang berterusan dan dicapai lebih banyak oleh wawasan daripada usia.
- jangan mengeluh hanya kerana anda tidak mempunyai kasut sebelum melihat orang yang tidak mempunyai kaki.
- orang yang membaca sebuah buku yang dalam ertinya lebih besar manfaatnya daripada membuka 50 buah buku cerita yang tidak bererti.
- seseorang yang bijak melahirkan kata0kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
- hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang menjahanamkan diri sendiri. perkara utama hatus kita fikirkan ialah menerima sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
- akal itu menteri yang menasihati. hati itu raya yang menentukan. harta itu satu tamu yang akan berangkat. kesenangan itu pula satu masa yang ditinggalkan.
- selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
- seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan.
- setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan.tanpa kejujuran hidup akan sentiasa menjadi mainan orang.
- gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
- jadikan dirimu sebangai pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh. jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api sahaja.
- kata-kata itu sebenarnya mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata , seribu bahasa. tapi kata-kata bukanlah bukti unggulnya perasaan.
- tidak selamat bagi umat yang hidup diatas muka bimu tanpa berbuat kebaikan dan takut mencegah kemungkaran.maka bala akan datang bertimpa-timpa.
- hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
- rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
- kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
- mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkata betul.
- seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal bererti memiliki pikiran yang baik dan seseorang yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.
- pergaulan mempengaruhi didikan otak. oleh itu untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
- undang-undang adab dan budu pekerti membentuk kemerdekaan berfikir. dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnulah kemerdekaan berfikir.
- jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun nanti dia membenci kamu.
- jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab.susun baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.
- keinginan pada harta tidak terbatas, padahal hidup sendiri terbatas. kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai mati nescaya dia tidak akan merasa puas dengan apa yang dia ada.
apa yang aku lalui sedari kecil hingga arwah emak meninggalkan aku adalah begitu manis dalam hidup aku, bila emak meninggalkan aku pergi tanpa kembali, aku dibuang oleh...tak perlu aku nyatakan...lumrah dunia. setiap insan mudah lupa...lupa akan kehidupan mereka...mereka alpa dengan duniawi tapi lupa akan akhirat...tapi aku redha...mungkin ada hikmahnya. jadi aku mulakan hidup aku dengan jalan aku sendiri tanpa mereka
Motivasi dr Dr. Fazley (latest 2010)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment