satu ketika...

pada satu ketika...terfikir oleh aku akan mengalah. aku jatuh terjelepok ke bumi tiada siapa yang membantu aku. Doa aku pada ALLAH kuatkan semangat untuk menempuh segalanya. Seakan satu semangat menolak aku bingkas bangun bertenaga. dan akan aku perjuangkan hak aku yang selama ini hanya dipergunakan dikala diperlukan. segala pengorbanan aku yang ikhlas selama ini disimbah dengan cat hitam yang mencelakan keikhlasan aku. aku tetap dengan aku yang akan memperjuangkan hak aku. aku nak orang yang aku sayangi selama ini, yang sentiasa memberi aku semangat tika aku susah, jatuh, kecewa senang di SANA. aku tidak mahu orang yang aku sayangi kelam wajahnya, muram parasnya dan cela pakaiannya di SANA. aku tidak sanggup melihat orang yang aku sayangi tersiksa olej kerana zuriat-zuriat kandung mereka. Hajat aku ingin mengembalikan keadaan tenang dan berlaku adil supaya orang yang aku sayangi bercahaya wajahnya, ceria parasnya dan putih pakainnya. aku ingin melihat wajah orang-orang yang aku sayangi senyum ceria bermandikan Nur...yang memancarkan cahaya suci...itulah hasrat aku.tolonglah YA ALLAH bantulah insan MU yang lemah lagi tidak berdaya ini. Amin.

No comments: