Resepi Bulan Posa - Air Sirap Timun & Air Tembikai Kullasik

Air Sirap Timun 1 biji timun (biar yg muda - hijau) Air gula Sirap Merah Cara membuatnya: Belah 2 timun dan ambil dah parut bahagian dalam timun dengan garpu. Sampai le nampak ersih kulit timun. Isi timun yg telah diparut tadi dicampurkan dengan sirap merah dan air gula. Tambahkan air masak/air suam. Minuman ini amat sedap bila disejukkan. Tetapi bagi mereka-mereka yang tidak bole minum ais boleh dibancuh dengan air suam. Nota Chef zam: Sebenarnya air ini boleh menyejukkan tubuh badan yang panas dalam. Sesuai diminum panas atau sejuk. Air Tembikai Kullasik 1/3 tembikai merah 1/3 tembikai kuning 1 keping cincau 1 sudu kecil selasih Sirap merah Air Gula Cara membuatnya Cincang halus tembikai merah dan kuning. Begitu juga dengan cincau. Masukkah kesemua bahan ini dalam jug dan masukkan selasih, sirap merah dan air gula. Tambahkan air masak dan rasakan manisnya. Kalau nak letak air batu lebihkan sedikit manisnya. Nota Chef zam: Sebenarnya air ni boleh dicampurkan dengan pelbagai jenis spt kacang tanah goreng, sagu mata ikan (berwarna), buah mata kucing kering, halwa kundur dll yg boleh dicampur dlm minuman. Tapi nak inform jgn sesekali campurkan buah longan, rambutan, nenas, koktail dlm tin, ianya akan merubah rasa.

No comments: